Time tu baru je nak layan FB kat dalam bilik kaunseling selepas waktu rehat (cuz ckg xde dalam kelas ) when tetibe 4-5 org budak lelaki carry seorang budak pompuan masuk bilik tu. Cepat2 aku tutup FB aku and tanya "kenapa ni?"
"Kene lagi budak ni. Histeria. Tak pun kene rasuk. Entahlah. Cepat weh!" Budak laki form 5 tu cakap. Pastu dia mentioned budak laki lain letak budak kene rasuk tu kat lantai. Aku kalau nampak bende-bende macam ni bukannya nak rasa takut, rasa excited je lebih!
Kengkawan pompuan ak yang lain agak takut so cepat2 diorg masuk dlm satu bilik untuk sesi kaunseling kat situ, aku diheret sekali. Aku pun xnak miss detail detail yang panas so aku melekatkan diriku dekat dengan cermin untuk better view.
Pergh!
Budak tu meracau wei... Aku jadi lagi excited bila diorang mintak tolong beberapa budak pompuan pegang bahagian peha/ kaki/ lutut budak tu. Ak tanpa berfikir terus keluar join the club. Memang ar agak cuak sikit sebab dia gerak sana gerak sini. Tapi ak x kesah. Aku suka SUSPENS!
Mak dia ada datang. Pasang Surah Yasiin kat telinga dia guna phone and sapu air kat muka dia. Ada abang ni cakap,"Eh, entah2 budak ni tipu kut!" Personally, aku rasa maybe la tp x pasti, real semacam. Dia ader la jugak cakap bende mencarut kat mak dia bila mak dia suruh bende tu balik. Lawak giler. Dekat sejam kitorang bergelut nak tahan budak tu. Kejap OK kejap KO. Agak penat la.. Kaki pun kebas. Serius aku tak dapat rasa jari kaki aku. So aku adjust la position aku an.. Pastu...
"Hmm... janganla... sakit... lepaskanla..." Budak tu cakap manja-manja gitu. Dia pandang mamat yang duduk sebelah aku yang pegang kuat2 tangan budak tu. Dia gelak. Tergoda agaknya. Aku pun rasa agak funny la. So kitorang kinda perlahan2 lepaskan die pastu tetibe dia serang aku!!!
Dia tarik baju aku and tangan aku secara tiba2 sebab nak lari keluar. Aku pun tolak la dia baring balik dengan bantuan orang lain tapi time dia kene tolak baring tu dia siku perut aku! Mak aih! Sakit wuu!! Aku jerit la jugak tapi still control cun sebab aku tak gedik. Bukan itu sahaja, dia turut mencubit aku apabila mamat sebelah aku try nak bukak genggaman tangan besi dia tu. Nasib baik cubit kat lutut. Tak sakit sangat.
Last nyer dia ader la calm down sikit tapi kawan aku yang turut menolong tak tahan sebab dah waktu balik. Takut ayah die tunggu lame. So aku pon setuju pergi. Biar orang lain tolong handle. Aku rasa ada Ustaz datang tapi xtau sebab da balik. Member lg sorang kat situ ckp kat aku td abis kul 3 ptg kut. Gila lama! Aku kesian kat die. Selalu kene. Rasenyerla... sebab skul aku tu terkenal ngan kes histeria. Budak tu jer nama yang selalu disebut-sebut. Hmm..
Tu memang pengalaman aku yang pertama handle bende macam ni walaupun sekadar pegang kaki taknak bagi die gerak2. (T_T) Ni aku cerita detail tapi ader la jugak yang aku x masukkan sebab aku x ingat sangat. Yela, benda macam ni pon x elok nak ingat2. Ni aku just nak catatkan dalam sejarah hidup. Manala tau berguna pada masa akan datang.
Apa-apa hal, I just hope that that girl will be okay after this. She's suffering a lot.
Seram...
Over and out.
No comments:
Post a Comment