April 14, 2011

Bila Aku Nak Serius? Gangguan emosi.

The title says it all.

Aku perasan sejak kebelakangan ni aku selalu main-main terutama sekali masa dalam kelas atau lebih spesifik; sewaktu cikgu mengajar. Layan feelings la apa lah. Kononnya sekarang ni aku tengah demam cinta pertama dan feelings ni tak boleh ignore kalau x menyesal. Siapa yang buat aku fikir camtu? Atau itu memang apa yang aku rasa dengan sendirinya? Pelajaran diketepikan; Cinta Beruk diutamakan. Salah tu... Maner boleh macam tu. Tak betul. Cinta pada pelajaran lagi baik berbanding Cinta pada manusia. Errr... ye ke? Entahlah, aku main ckp je.. skema betol.

Memanglah baru form 4 tapi aku rasa kalau form 4 x dapat form 5 mesti gelap nyer. Lagi2 kalau aku nak pindah kat tempat tu. Tapi sekarang aku tension la nak belajar sebab kawan yang duduk sebelah aku tu mengganggu je. Dia tak kacau physically tapi emotionally. Aku tau la dia pandai and all tapi perlukah dia berlagak setiap kali dia faham apa yang diajar cikgu? Perlukah nyanyi time salin nota atau buat homework dan perlukah dia kasar sangat dalam perbahasan? Aku ni dahlah jenis yang pendam sebab aku ni jujur beb. TERLAMPAU jujur. Bila aku tegur org konfem panahan tu terus tikam straight to the bontot of the heart. Dan lagi satu perangai aku, kalau orang tu buat something kat aku memang aku balas balik. Ko tgk la... ramai yang dah experience. Ada yang dapat baik, ada yang dapat buruk gak. Hahaha!!!

Itu yang kat sekolah. Kat rumah pulak lain cerita, tempat nak study macam xde. Bising sangat. Adik2 aku pulak spesis yang kalau x buat bising x sah. Aku pon boleh tahan la macam diorang tapi itu kalau diorang cari pasal. Diorang bising aku bising. Aku senyap diorang bising. Diorang senyap aku senyap. Haa... macam tu la... Lagi satu, aku mempunyai sistem yang x teratur kat rumah. Time nak study and time buat kerja rumah bercelaru. X sistematik. Sebab? Lepas kemas, sepah, lepas kemas sepah.. Baju lak fuh... bertimbun. Biasanya bab baju ni mak aku yang handle. Aku juz handle bahagian sapu-menyapu, mopping, kemas2.. stuff like that. Last2, bgn kul 3pg buat homework atau study. Ya, aku tau aku ni hebat. Jangan la.. malu I.. Auw! HAHA.

(=_=)

Anyway, back to the topic. Bila nak serius study ni? Biarlah halangan tu. Ignore je. Exam mid year pon dah dekat and aku masih tertinggal kat belakang dan akan lebih ketinggalan sebab next week aku ader catur praktis di sekolah lain selama 4 hari. Aku dah kalut da ni. Haish. Tenang. Tenang. Lagipon ni bukan SPM. Aku boleh. InsyaAllah. Amin.

No comments:

Post a Comment