Semua nampak macam fashionista.
Pandang depan, pandang belakang.
Sah, ini bukan tempat aku.
Inilah dilemma aku sekarang. Baru di negara orang, macam rusa masuk bandar, outdated dan semestinya tak tau nak bawa diri macam mana. Dan di mana aku sekarang?
Oho! I'm in the city of love, PARIS!
![]() |
| From Paris with Love |
Bukan nak berlagak tapi aku excited dan aku just nak share to the world la happiness aku ni. Nak cakap best, memang best sekarang ni tapi apa yang akan berlaku pada masa akan datang aku tak tau la. Parents aku cakap bahawasanya aku kat sini jangan nak duduk senang lenang goyang kaki dan mengemukkan badan semata-mata. Tugas aku kat sini adalah untuk belajar dan menyumbat seberapa banyak ilmu yang boleh dalam otak yang geliga ni sambil mewakili negara Malaysia.
Whoa whoa whoa. Wedemenet. Wakil Malaysia???
Yes, ladies and gentlemens, boys and girls, monkeys and beruks... wakil Malaysia. Aku kat sini kene berhati-hati dan menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang anak jati Malaysia. Jangan lakukan kesilapan dan mengharumkan nama negara. Selama ni cita2 aku nak mewangikan nama negara kini boleh dicapai dengan lebih mudah. Alhamdulillah.
Itu satu hal. Yang paling aku nervous sekarang ni sebagai seorang remaja perempuan adalah STYLE AND FASHION. Ya, saya tau AGAK gedik tapi let's face it, semua orang sama dan pentingkan penampilan kan kan kan kan? Kalau anda bukan begitu meh face to face. Nak bukti. *evil smirk*
Okay, apa tadi? Oh yes, style and fashion. Sebenarnya aku tak reti bende2 macam ni sebab aku ni pemalas. Yes, pengakuan berani mati. Saya pemalas. Bab pakaian pulak cerewet sebab size saya ni comel. Hahaha. Saya sedar satu perkara kat sini, pakaian musim sejuk buat saya nampak cool, comel dan kecik. MUAHAHAHA. Sila jeles.
Tapi itulah masalahnya.
FAKTA 1 : Bakal sekolah saya x pakai uniform. Pakaian bebas kecuali waktu PJ. Best kan?
FAKTA 2 : Rumah saya akan dikunjungi ramai orang jadi pakaian mestilah tidak selekeh.
FAKTA 3 : Saya buta fesyen.
Macam mana nak tangani masalah ni ek? Orang lain mesti kata "Hek eleh, tu pon nak kecoh. Apa kes?"
Aku setuju. Apasal la aku nak sibuk pasal hal ni? Tapi hakikatnya aku x byk baju sejuk untuk musim winter ngan autumn sekarang ni. "
"Kenapalah ko stress pasal hal ni?" Hakikatnya aku budak baru dan member kat sini cakap penampilan dengan personality adalah sama jadi aku xnak la orang pandang laen mcm kat aku en. Aku aku aku tak reti style style nih.
Sad... so sad...
So dalam kata lain aku ni outdated la? Correct me if I'm wrong.
(T_T)

yeah ......fashion fashionable fashionita
ReplyDeletehuhu..gudluck in yor journey 'bdak comel' hahaha
ReplyDelete